وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬
"Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Sunday, July 25, 2010

Wasiat Nabi Muhammad S.A.W Kepada Saidina Ali R.A

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada tiga tanda-tandanya:

i) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
ii) Tidak terpesona dengan pujuk rayu
iii) Benci terhadap perbualan dan perkataan yang sia-sia

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM ada tiga tanda-tandanya:

i) Jujur dalam berkata-kata
ii) Menjauhi segala yang haram
iii) Merendahkan diri

Wahai Ali, bagi orang JUJUR ada tiga tanda-tandanya:

i) Merahsiakan ibadahnya
ii) Merahsiakan sedekahnya
iii) Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali. Bagi orang TAQWA ada tiga tanda-tandanya:

i) Takut berlaku dusta dan keji
ii) Menjauhi kejahatan
iii) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH ada tiga tanda-tandanya:

i) Mengawasi dirinya
ii) Menghisab dirinya
iii) Memperbanyakkan ibadah kerana Allah S.W.T

Friday, July 9, 2010

TAZKIRAH

Nabi S.A.W bersabda: "Sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan mengelak daripada meminta-minta dan dengan tujuan menjaga anak isterinya daripada memakan harta curi, harta samun dan sebagainya, dan dengan tujuan menjaga hubungan dengan jiran tetangga, dia akan bertemu dengan Allah di akhirat kelak dengan keadaan wajah yang berseri-seri umpama bulan purnama"

"Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan merayulah dia kepada Kami (dalam segala keadaan) sama ada dia sedang berbaring ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya dia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon dihapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya. (Sebagaimana dia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah pada pandangan org-org yang melampaui apa yg mereka katakan" - Surah Yunus:12